Hijrah itu…
Semua org mesti bayangkan hijrah tu dari satu tempat ke satu tempat.. Betul, tapi ada maksud lain disebalik perkataan itu. Sebagai seorang student, semua orang mesti ada pengalaman sibuk mencari tahun depan nak duduk dengan siapa, dan kena berpindah dari satu accommodation ke accommodation yg lain. Tapi betul ke “hijrah” kita tu seperti hijrah Rasulullah? Yakni hijrah untuk ke arah yg lebih baik? Boleh jer kalau kita nak duduk serumah dgn mat salleh, atau kawan yang lebih “social”... ini kan “oversea”, x de org nampak pon apa kita buat. Housemate tak akan ambik tahu kita pergi mana.. dan tak akan tegur kesalahan kita. “yeay”..
SALAH!
Hadith mengatakan,
“Sekiranya perbuatan seseorang itu lebih buruk dari perbuatannya yang semalam, maka celakalah dia.”
Bisikan syaitan tu ada di mana-mana dan berlaku setiap masa. Kita, seorang manusia, dan hamba Allah yg selalu lupa, pasti senang kecundang kalau bertarung sendirian. Oleh itu, dalam mencari teman, carilah sahabat yang boleh membantu kita agar tidak “tergelincir”, malah ke arah yang lebih baik lagi... Dalam erti kata lainnya, kita kena mencari “Bi’ah Solehah” yang dapat mentarbiyyah diri dan menghidupkan iman 24/7, bukan hanya waktu usrah jer. InsyaAllah pengorbanan semasa penghijrahan kita itu akan dipandang oleh Allah.
Mengikut pengalaman diri sendiri, pada mulanya mesti la janggal. Tapi lama kelamaan, kemanisan itu terasa. Sebagai contohnya, sahabat kita akan cuba untuk solat berjemaah bersama-sama walaupun dia bukannya serumah dengan kita... banyak kelebihan solat berjemaah di antaranya : solat berjemaah melebihi solat sendirian dengan darjat 27, merapatkan hubungan, sentiasa mohon maaf atas kesalahan sama ada sedar atau tak sedar, dan dapat mendisiplinkan kita untuk cuba solat di awal waktu.
Kesimpulannya di sini, hijrah itu bukan sahaja perbuatan fizikal kita bergerak dari suatu tempat ke tempat lain, malah hijrah juga berkait dengan perubahan cara hidup dan iman seseorang individu. Tidakkah kita mahu tergolong dalam golongan orang yang beruntung? :)
Sabar itu…
Bererti menahan diri dan perkara ini boleh dirasakan sebagai perkara paling sukar kerana kite perlu berlawan dengan keinginan nafsu kita sendiri. Belawan dengan rasa marah, berlawan dengan rasa malas, dan bermacam-macam lagi. Jika kita duduk sejenak dan berfikir bagaimanakah islam itu boleh sampai kepada kita? Jika bukan kerana berkat kesabaran para rasul dan sahabat pada ketika dahulu, kita mungkin tidak dapat merasa kemanisan Islam [3:146].
Kadang kala, pada suatu ketika kita mungkin ditimpa bermacam-macam ujian sehingga berasa seperti hendak putus asa. Hadir ke kelas tetapi apa yang disampaikan oleh lecturer tidak difahami langsung, kita berbelajar bersungguh-sungguh tetapi keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan. Walaupun bermacam-macam ujian menimpa, kita harus ingat bahawa Allah S.W.T works in a mysterious way. Setiap ujian yang diberikan itu kerana Allah sayang pada kita, sebutla “inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un” [sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali] ketika ditimpa musibah dan sentiasalah bersabar [2:156-157]]. Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar dan gajaran akan diberikan kepada orang-orang yang bersabar.
Dakwah itu.....
Sama seperti kita ingin mengajak seseorang membaca buku yang kita suka.
The Kite Runner misalnya, buku yang kita sangat2 gemar. Jalan cerita yang menarik, sangat menyentuh emosi, terkandung banyak pengajaran. Kita sangat2 suka, dan nak sangat2 kongsi dengan orang lain. Kita pergi jumpa kawan kita, dan tunjukkan buku tersebut. Bila dia menolak, kita pujuk lagi. Dan lagi. Kita nak juga dia baca, kita yakin dia juga akan suka bila dia dah habis baca buku itu.
Islam juga begitu. Kita sayang Islam, kita nak orang lain juga sayang Islam. Tapi adakah kita akan bersungguh-sungguh mengajak orang ke arah mengamalkan Islam yang syumul sebagaimana kita akan bersungguh-sungguh pujuk kawan kita baca buku favourite kita itu? Kita nak juga berikan sedikit Islam kepada orang lain.
Tok tok tok... Hati seorang insan diketuk. Mungkin sebenarnya mereka juga mencari Islam itu. Mungkin juga ada yang tolak. Sunnatullah.
Dakwah itu susah?
Mungkin kerana ia berkaitan manusia lain. Bila berhadapan dengan manusia, memang tidak mudah. Manusia ada bermacam-macam perasa. Setiap orang dengan campuran bahan2 yang berlainan. Sedangkan Rasulullah SAW, juga para rasul utusan Allah lain, ketika menyeru kaum masing2 ke arah mentauhidkan Allah, tidak semua yang menerima. Tapi mereka tak pernah putus asa. Tukar cara lain, gunakan alat, gunakan akhlak. Itulah seni dalam berdakwah. Hidayah Allah itu mutlaknya milik-Nya. Hanya Allah yang boleh membuka hati manusia untuk menerima Islam. Yang utama, jangan juga putus asa dari meminta dan berdoa kepada Allah.
Seorang ukht pernah berkata, dakwah itu tidak pelik, bila ia menjadi darah daging kita. Perlu selalu lakukan, selalu cuba. Make it a habit, for a habit is one that you will do voluntarily, unconsciously and with all your heart. Ajak orang buat kebaikan, sampai dia tak sempat buat benda2 kurang elok. Itu juga dakwah.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik...' (16:125)