Wednesday, May 11, 2011

Periuk nasi

0 comments
Periuk nasi.
nak masak nasi.
masukkan beras ikut sukatan kte nak.
basuh beras 3 kali.
kali pertama keruh betul air dia.
kali kedua dah jernih sikit.
kali ketiga-perfect-bakteria dan ulat beras pun terkeluar sekali ngan air.
ok.
sekarang letak air ikut sukatan.
ada orang 1 selang jari.
ada orang 1 setengah selang jari.
dah siap.

tunggu punya tunggu.
punya tunggu.
punya tunggu.
aish. nasi ni sejam lebih da ni.
tak masak2...

LAAAAAAAAAAAA..TAK PETIK SUIS RUPANYA!
----------------------------------

pernah terjadi seperti diatas?

kekadang kte syok memberi.
terlalu ikutkan modul.
terlalu memberi ceramah.
terlalu fikirkan muntij.
terlalu menghukum?
terlalu memberatkan sesuatu.
terlalu mengikut kata org terdahulu.

tapi, kita lihat mereka....
masih sama..
masih disitu..
masih duduk..
masih berselimut..

kita terlupa..
untuk lakukannya,
untuk memberi mengikut keperluan..

Wallahu'alam..
-Aerin Sofea-

Monday, May 9, 2011

Muntalaq: Adakah aku berada di planet yg silap?

0 comments

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

In Dakwah on May 9, 2011 at 2:22 am

Catatan 23 ogos 2003 – yang baru sempat di publishkan sekarang..

Assalamu’alaikum…
Kepada anak-anakku yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah..Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud..Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat… Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku… sedangkan dia melakukannya terang-terangan..tanpa segan silu… di depan ratusan mata… dengan rakaman AV. Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya… Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik….. Kesemuanya silap si da’i …. sedangkan semua kita adalah da’i..

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat..cuma perubahan perlulah slow…. perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi… 40 tahun lagi.. Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat sepontan bila tersentuh api…. kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka..?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun… sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya…. berada di atas ubun-ubunnya…!
Cukup !…. aku memang bukan di planet yang betul…

Adakah anda semua perasan wahai anak-anakku…?
Wassalam

Sunday, May 8, 2011

Makin lama makin lesu?

1 comments
Tarbiyah ini. jika tidak dibaharui bukunya. boleh membawa kepada lesu.
Imbas semula.
Sudah khatam raheek makhtum?
Sudah amalkan hadis 20/40? Menghafal itu satu. Mengamal?
Juz 30.?

Ya. LESU. jika merasai tiada pertambahan dalam amalan diri.
kerna dakwah dan diri ini selari.
lihat sahaja Baginda.
Baginda bukan hanya berdakwah kosong.
tapi tercermin setiap kata2nya pada amalan.
itulah aura Tsiqah.
tak perlu ada daurah tsiqah.

"When u talk too much. does not mean you act too much."

Masih ada kesempatan.
bukalah buku baru.
tajdidkan niat..

Wallahua'lam.

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010