Saturday, April 17, 2010

Kesabaran kristal

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah…. akhirnya crystal flakes dah mula membentuk. Subhanallah rasa sangat kagum dengan pergerakkan molecules-molecules complex ini.

“ish..kenape aku punye crystals tak jadi2 nie…?”

“hmm…tunggu la kejap. mungkin die tengah “gain energy” untuk membentuk tu (dlm chemistry normally utk membentuk sesuatu die akan release heat bukan gain energy). Tunggu beberape minutes lagi. pastu tengok macam mane”

……….

“Alhamdulillah aku punya dah terbentuk”


“ha? aku punya tak lagi..ala lambat la mcm nie”


“tunggu sekejap lagi………..”

…………..

“tak jadi jugak la. baik aku tanya lab demonstrator.”


“hmm… maybe u can gently rub the inside of the flask with a spatula to initiate crystal growth…or if not stir a bit vigorously. Put more ice around it”

…………..

“Alhamdulillah crystals aku dah jadi!!!! berkilat! cantik!!!! Hmm….kena kacau baru boleh jadi. “


Dalam process pembuatan crystals flakes of some complexes…walaupun semua orang ikut procedure yang sama, bukan semua orang akan dapat crystal yang sama. Ada yang dapat menghasilkan crystals yg berupa crystals (berkilat), ada yang menghasilkan crystals berupa precipitate(crystals terbentuk melalui process precipitation but nak cakap kat sini precipitate yg tak lawa..x shining blink*)….kadang-kadang colour pun a bit different sedangkan guna starting materials yang sama. pendek kata hasil semua orang adalah berbeza.

dan dalam pembentukkan crystals, ada yang terbentuk dulu, ada yang terbentuk lambat sikit. ada yang kena stir supaya crystals terbentuk…ada yang kena tunggu lama sikit untuk dapatkan crystals yang cantik tapi ada yang tak payah buat any additional work to get shining crystal flakes.
So begitu juga dalam tugas kita dalam mentarbiyah diri dan “anak-anak kita”….. ada yang perlu kena stir baru jadi, ada yang perlukan ice lebih……kerana perbezaan hasil itu adalah kerana perbezaan situasi dan semestinya semua itu adalah kerana kehendak Pencipta-Nya.


Wednesday, April 7, 2010

Wahai diri..

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Wahai diri..

Aku sering ingin bertanya pada "diri’..
Kenapa "diri " mudah lupa?
Kenapa "diri" susah untuk sedar kesilapannya?
Kenapa "diri" sering ulangi kesilapannya?
Kenapa "diri" mudah lalai dalam urusan duniawinya?
Kenapa "diri" begitu sukar menangisi dosa-dosanya?
Kenapa "diri" selalu tersasar dari matlamat hidupnya?
Kenapa ? Kenapa wahai "diri"? Mungkin kau tiada jawapannya sekarang…

Namun apa yang pasti, kau patut bersyukur kerana kau masih diberi kesempatan oleh Illahi untuk terus berusaha memperolehi RAHMATNYA..

Mungkin esok,mungkin sejam lagi,mungkin seminit lagi,mungkin sesaat lagi…masamu tiba untuk menghadapNya…

Tiada siapa yang mengetahui akan tibanya saat itu…
Tiada siapa pun boleh meramal dan tiada apa pun yang boleh mengubah ketetapanNya..

Sedarlah wahai "diri" sebelum kau terlewat! Bangunlah sekiranya engkau sedang tidur!Bergegaslah sekiranya kau sedang berehat-rehatan!Bangkitlah sekiranya kau sedang berada di bawah!

Ingatlah sesungguhnya syurga itu mahal harganya!Ia menuntut terlalu banyak pengorbanan dan kesabaran!Peliharalah iman mu wahai "diri".Jagalah ia seperti kau memelihara hartamu atau apa-apa yang kau sayangi…

Hanya taqwa yang akan meninggikan darjatmu di sisiNYA..

Friday, April 2, 2010

Salam ukhuwwah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..

kemunculannya yang sebelum ini dinanti2 kan..

insyaAllah..inilah dia...blog kita...(^^)

yang berkonsepkan "sharing heart to heart", seperti nama blog ni jugalah,

harapannya agar melalui medium ini,

kita tidak segan untuk curhat2, dan sampaikan ilmu bukan dgn kita2 je tp lebih meluas serata dunia...insyaAllah

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010