Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
Wahai diri..
Aku sering ingin bertanya pada "diri’..
Kenapa "diri " mudah lupa?
Kenapa "diri" susah untuk sedar kesilapannya?
Kenapa "diri" sering ulangi kesilapannya?
Kenapa "diri" mudah lalai dalam urusan duniawinya?
Kenapa "diri" begitu sukar menangisi dosa-dosanya?
Kenapa "diri" selalu tersasar dari matlamat hidupnya?
Kenapa ? Kenapa wahai "diri"? Mungkin kau tiada jawapannya sekarang…
Namun apa yang pasti, kau patut bersyukur kerana kau masih diberi kesempatan oleh Illahi untuk terus berusaha memperolehi RAHMATNYA..
Mungkin esok,mungkin sejam lagi,mungkin seminit lagi,mungkin sesaat lagi…masamu tiba untuk menghadapNya…
Tiada siapa yang mengetahui akan tibanya saat itu…
Tiada siapa pun boleh meramal dan tiada apa pun yang boleh mengubah ketetapanNya..
Sedarlah wahai "diri" sebelum kau terlewat! Bangunlah sekiranya engkau sedang tidur!Bergegaslah sekiranya kau sedang berehat-rehatan!Bangkitlah sekiranya kau sedang berada di bawah!
Ingatlah sesungguhnya syurga itu mahal harganya!Ia menuntut terlalu banyak pengorbanan dan kesabaran!Peliharalah iman mu wahai "diri".Jagalah ia seperti kau memelihara hartamu atau apa-apa yang kau sayangi…
Hanya taqwa yang akan meninggikan darjatmu di sisiNYA..
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment