




Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[Al 'Ankabut,29:2]
Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?
[An Nahl,16:76]
Adik : sy rasa saya xcukup buat kerja la kak.
Akak : buat keje ape? (buat-buat xfaham)
Adik : eheh akak nih...buat keje la.
Akak : kenape...awk rase awk ade mase lebih byk lg ke? ke awk rase byk lagi tenaga awk yg xguna? (psychoing)
Adik : ntahla...sy rasa belum cukup keja yg saya buat.
Akak : buat mase skrg study awk cmne? kalau awk dah bahagikan masa yg sepatutnya untuk bekerja dan study dgn baik, doa lah pada Allah supaya awak diberi lebih banyak peluang untuk bekerja lg. adik, kita tak ada kayu ukur...kita tak tahu banyak atau sedikit kerja yang kita dah buat. malah kita juga tidak tahu apa yang sudah kita lakukan itu bernilai atau tidak pada pandangan Allah.
Adik : haah...betul.
Semuanya ditangan Allah adik, tidak mustahil setiap kerja yang kita lakukan dulu tiada ertinya dimata Allah (Nauzubillahiminzaalik) dan tidak mustahil juga kerja sedikit yang pernah kita lakukan dulu masih berantai-rantai pahalanya. Yang penting skali DOA, dik.
Doakan semoga Allah sentiasa mengikhlaskan hati kita sebelum melakukannya, semasa dan selepas melaksanakannya. InsyaAllah, semoga ia menjadi saham2 kita disaat menuai kelak, walaupun tenaga dan masa yang dihabiskan tidaklah nampak dimata.
Kalaulah ada pembaris, pasti lah semua hanya akan menunaikan hak Allah dgn secukupnya sahaja. Kalau pun pada ukuran yang tertinggi, pasti tahapnya masih terbatas. Sebab itulah Allah tidak menjadikan kayu ukur atau apa-apa pengukur yang boleh mengukur amal dan ibadat kita, kerana Allah tahu engkau mampu menjadi lebih dari itu dan mahu engkau menjadi hamba yang lebih hebat dari semua sistem ukuran. Pendek kata, tak terukurlah! : )