Tuesday, May 25, 2010

Disinilah langkahku bermula..


Jauh pandanganku, menembusi dinding rumah.....

Ujian demi ujian datang bertimpa, namun tetapku tempuh jua. Cuma aku takut sekiranya aku gagal untuk kuat dengan segala mehnah2 yang mendatang ini. Astaghfirullah, astagfirullah, astaghfirullah.....mungkin Allah mahu aku kembali kepadaNya.

Belakangan ini, hari2ku disibukkan dengan urusan duniaku....setiap saatku juga berfikir untuk urusan duniaku.Aku tersentak, bilamana, seorang sahabatku bercerita kepadaku tentang ujian ketika aku menziarahnya siang tadi;

Aku: Susahnya study, macam xcukup masa, rasa penat dah..

Ana: Ana pun rasa macam tuh, tapi kata2 Saedah menyebabkan Ana terpikirlah

Aku: Kata2 apa?Sharelah..

Ana:
Kita memang perlu berusaha, Allah suruh kita berusaha...agar dengan usaha itu, kita akan makin dekat denganNya. Tapi bukanlah dengan usaha itu, kita makin menjauhiNya.

Kami diam sejenak.......masing2 berfikir tentang2 kata2 Saedah yang Ana share tadi.

Ana: Ana sangat2 sibuk dengan study jugak lately. Sampaikan mutabaah amal pun tak terjaga....

....Aku terdiam dan masih berfikir.

Ana:
Xnaklah macam tuh, dah jadi salah dah konsep usaha dan tawakkal tuh.

Aku mengiyakan kata2 Ana lantas dicelah oleh Murni yang masuk kedalam bilik. Topik perbualan pun bertukar. Namun, dalam hatiku, masih lg memikirkan perbualanku dengan Ana. Selepas berkongsi semangat dan kisah2 yang meningkatkan iman, aku terus melangkahkan kaki utk kembali ke rumah.

Malam pun tiba, aku terjaga dari lamunanku...Hujan renyai2 menghiasi tingkap rumah. Tak sedar masa berlalu. Entahlah, aku rasakan ujian2 yang mendatang bertimpa2 belakangan ini, sebenarnya Allah mahu menegurku....tak sepatutnya aku terlalu fokus utk studyku sampaikan mutabaah amalku tergadai entah kemana...

Sememangnya Allah berikan ujian, agar keimananku semakin bertambah, dan tabah....lebih2 lagi, agar aku semakin tunduk dan tawaddhuk memohon kepadaNya-tapi sebaliknya yang berlaku...aku hanya mahu memuaskan kehendak duniaku sahaja...astaghfirullah. Siapa yang aku mahu puaskan sebenarnya ? apa tujuan hidupku? Bukankah aku ini sepatutnya mencari bekal utk ke akhirat...menjadi khalifah dan hamba abdi Allah?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[Al 'Ankabut,29:2]

Alhamdulillah Allah, aku tahu akulah hambamu yang paling hina dan rendah...tapi masih juga Engkau mahu menegurku-tandanya Engkau sayang padaku...

Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?
[An Nahl,16:76]

Pastinya tidak sama..aku rasakan akulah yang Allah umpamakan bisu itu, berbanding sahabat2ku yang lain. Aku tak mahu jadi seperti orang yang bisu.

Disinilah, langkah bermula.......

0 comments:

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010