Saturday, October 9, 2010

Duhai Pejuang


Kakakku.. Aku melihat air mata sedang mengalir dari benak matamu..

Dalam diam, kau perlu menanggung beban yang terlampau banyak..

Dalam diam, hatimu mahu meluahkan segala-galanya, tapi kau tahu yang hanya Dia sahaja yang dapat memahami segala isi hati, maka kau pun meluahkan pada Dia, dalam do’amu, dalam solatmu, dan mungkin kadangkala tika kau duduk menyindiri, bermuhasabah atas segala yang telah berlaku, lalu dalam diam air mata itu dengan mudahnya mengalir.

Aku di sini, tak dapat nak membantu meleraikan kekusutan di hatimu..

Yang mampu ku hadirkan adalah senyuman ikhlas dari hati moga kau tersenyum apabila melihatnya. Juga do’a kepada Yang Maha Esa agar CintaNya terhadapmu dan terhadapku sentiasa kita rasa & bersyukur dan kita sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepadaNya..

Agar sentiasa diberikan kekuatan untuk ikhlas, istiqamah dalam melakukan segala amalan dan terus kuat, tabah, sabar & teguh iman dalam menghadapi segala ujian yang diberikan olehNya.

Dan agar hati-hati kita sentiasa dipandu olehNya ke jalan yang diredhaiNya..

Duhai Pejuang yang ku kasihi.

Duhai Pejuang yang berjiwa besar.

Duhai Pejuang yang hatinya sentiasa penuh dengan kesabaran.

Duhai Pejuang yang dadanya sentiasa lapang.

Duhai Pejuang yang di hati penuh ketakutan dan pengharapan padaNya.

Duhai Pejuang yang penuh dengan perasaan cinta untuk diberi keranaNya.

Duhai Pejuang yang mencintai SyurgaNya, yang rindu akan pertemuan denganNya.

Kuatkanlah hatimu, kuatkanlah kesabaranmu!

Teruskanlah dalam melangkah ke hadapan.

Teguhkanlah hatimu, moga terus tsabat.

Andai kau terjatuh..

Bangunlah! Bangunlah! Bangunlah terus!

Mungkin tika ini ada teman semua sebagai pengingat untuk bangun semula.

Tapi, nak tak nak pada suatu masa nanti mujngkin kau perlu berdiri sendiri.

Sentiasalah ingat, Dia sentiasa ada. Dia sentiasa Mendengar dan Melihat.

Dia tahu segalanya, Dia ada di sisimu.

Dia Yang sentiasa Mejagamu, Memahamimu.

Maka janganlah kau pernah jemu dalam berdoa padaNya.

Maka teruslah berharap dan letakkanlah pergantunganmu padaNya.

“Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka.”

(Surah Al-Thalaq: Ayat 2-3)

Wahai pejuang yang ku kasihi.

Buanglah jauh-jauh masalah yang kau hadapi, buanglah jauh-jauh

kegelisahan pada yang belum terjadi.

Jangan tunggu dirimu untuk difahami, tetapi kaulah yang perlu memahami pada yang lain.

Jangan tunggu dirimu untuk diberi, tetapi kaulah yang perlu memberi pada yang lain.

Jangan tunggu tanggungjawab diminta untuk ditunaikan, tetapi tunaikanlah sebelum diminta.

Maka, janganlah hanya duduk di situ lagi, sekalah air matamu dan teruslah bangkit!

Teruskanlah bangkit dan teruskan perjuanganmu!

“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangailah dengan perangai yang bagus.”

Hadis Riwayat Tirmidzi

0 comments:

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010