Friday, August 27, 2010

Nuzul Quran: 17 Ramadhan

Bismillah..

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang hak dan yang bathil... (Q.S. Al Baqarah: 185)

Saat ini,
sejauh mana kehidupan kita, peribadi kita
mencerminkan AlQuran.

mungkin percakapannya sahaja mengalir isi-isi AlQuran, tapi bukan hatinya..bukan perbuatannya..bahkan peribadinya lebih teruk dari itu..

Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka tak mendatangkan untung, dan mereka bukan orang-orang yang mendapat petunjuk
[Q.S.AlBaqarah: ayat 16]

Saat ini,
sejauh mana dakwah kita

mungkin jawatannya sahaja ‘akhawat’, tetapi mungkin kita belum mengunyah dan
menghadam prinsip-prinsip dakwah.

khuatir terlalu banyak ‘muhajjir Ummu Qais’ dalam pasukan daie.

Yang berhijrah bukan kerna memahami AlQuran, tetapi memenuhi tuntutan diri dalam samaran kebenaran. Lebih jelek lagi, kononnya kerna memahami AlQuran.

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung,
nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah
kerana takut kepada Allah…”
(Q.S.
Al-Hasyr : Ayat 21)

Kerna AlQuran itu bukan dijadikan sia-sia.



Wallahu'alam.

0 comments:

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010