Sunday, August 29, 2010

tazkirah

Assalamualaikum..sekadar pkongsian sesi tazkirah..


moga bmanfaat.


Kenapa sometimes rasa malas solat?

Answer: tiada rasa cinta pd Allah.


Kenapa perlu ada rasa cinta?

Answer: sbg motivation utk taat dan patuh kpd Allah.


Camna nak tanamkn cinta itu?

Answer: kena kenal dulu cinta Allah pd kita.


Al-Maidah:54

Allah sebut "Dia mencintai mereka" terlebih dahulu..mmbuktikan cinta-Nya pd hamba2-Nya.

Siapa yg dicintai Allah?


1.) Org yg bertaubat


2.) org yg suka bersuci (Al-Baqarah: 222) à Sungguh, Allah menyukai org yg bertaubat dan menyukai org yg menyucikan diri


3.) org yg adil (Al-Maidah: 42)


4.) org yg bertaqwa (Ali Imran: 76)


5.) org yg suka berbuat kebaikan (Ali Imran: 134)


6.) org yg bertawakal kpd Allah (Ali Imran: 159)


7.) org yg sabar (Ali Imran:146)

mungkin byk lagi golongan yg Allah cintai..boleh refer kpd Quran.


Pelik tak kalau pekerja susah payah nak bos suka kat dia? normal la kan..


Macam mana kalo bos tu yg susah payah cari perhatian utk dicintai oleh pekerja? pelik kan?


Tapi cmna lak ngan kita? adakah kita dah cukup bersusah payah utk dapatkan cinta Allah? ataupon Allah dah byk curahkan cinta-Nya tapi kita wat x layan je?


Rasulullah bersabda: Apabila 1/3 malam tiba, maka Alah akan turun ke langit pertama, lalu memanggil hamba-Nya:


Adakah org yg mahu bertaubat? Aku akn terima taubatnya.


Adakah org yg minta ampun? Aku akn mengampuninya.


Adakah org yg perlukan sesuatu? Aku akn penuhi keperluannya.


Kenapa Allah cinta hamba-Nya smpai cmtu?

Answer: Sebab Allah yg cipta kita.


“Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan) Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”

-Al-Hijr: 29-


Analogi: kalau kita jahit baju sendiri, sayang x kat baju tu?


seorang ibu tu sayang x kat anak yg dia lahirkan?



Tanda-tanda kecintaan Allah:


1.) tidak cepat turunkan seksaan (An-Nahl:61)


2.) Allah menerima taubat (Al-Ghafir: 2,3)


3.) membalas 1 kebaikan dgn 10 pahala (al-An'am: 160) à siapa buat kejahatan akn dibalas seimbang dgn kejahatannya.


4.) Allah menenangkan hamba-Nya dgn ketetapan rahmat-Nya (al-An'am: 12)


dalam surah Abasa, Allah kurniakan bijian, anggur, sayur, zaitun, kurma, buah-buahan, kebun..semua tu utk kesenangan manusia dan haiwan ternak.


5.) Allah menyediakan syurga....utk siapa???


6.) Nama-nama Allah yg indah melebihi nama-namaNya yg gagah à ar-Rahman, al-Ghafur (Pengampun), at-Tawwab (Penerima taubat), as-Sobur, etc....


7.) Allah yang suruh kita berdoa kepada-Nya (al-Ghafir: 60)


8.) Allah jamin kehidupan kita di dunia (Hud: 6)


9.) Allah mendekatkan kita kepada agama dan memudahkan kita utk belajar agama (ada hadith kan yg kalau Allah mengkehendaki kebaikan terhadap seseorang tu, maka Allah akn kurniakan kefahaman dalam agama kepadanya).


10.) Allah memudahkan kita utk taat à Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya (1: 286)

Tambahan: Allah tutup aib kita selagi kita tak buka aib kita sendiri.


Kalau Allah cinta hamba-hambaNya, kenapa kita masih ditimpa cubaan dan musibah?


1.) supaya kita sedar dari maksiat yg kita lakukan


2.) utk mengingatkan kita kepada nikmat yg Allah beri (bila kita hilang sesuatu or seseorang, baru la nak teringat)


3.) utk uji kita sama ada redha atau tak dengan ujian Allah tu


4.) supaya kita sedar yg dunia ini fana dan tiada kebahagiaan, so that kita akan rinduuuu dgn akhirat.


5.) utk menghapuskan dosa kita.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."

-Al-Baqarah: 186-


Wallahua'lam.


dipetik daripada http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3085.0

0 comments:

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010