Saturday, August 7, 2010

Tapisan Allah


Seringkali sebelum memulakan sesuatu majlis ilmu, pengacara majlis pasti akan mengajak para hadirin utk bersyukur ke hadrat yang Maha Esa, betapa bertuahnya setiap dari kita kerana terpilih utk hadir pada majlis itu. Bersyukur kerana kita tidak tergolong dalam golongan yg ditapis oleh Allah daripada menghadiri majlis yg dinaungi oleh para malaikat itu.
Sesungguhnya, pada waktu itu saya memang tak paham akan konsep tapisan hidayah Allah dan apatah lagi utk bersyukur kerana itu. Dan saya sendiri tidak sedar sejak bilakah konsep ini mula meresapi minda saya dan saya dapat menerimanya. Sehinggalah, pada suatu hari kami duduk sama2 berborak ttg kisah silam kami. Rupa-rupanya, bukan saya seorang je yg tak paham, mereka pun dua kali lima je...dan sekarang merekalah antara manusia2 yg begitu bersungguh2 memikul beban tarbiyyah dari yang Maha Satu.

Apa itu tapisan?

Sesuatu benda itu ditapis utk mengasingkan antara dua atau lebih komponen yg berada di dalamnya. Sebagai contoh, kelapa yg telah dicampur air diperah dan ditapis utk mengasingkan antara santan dan hampas kelapa. Santan yang baik adalah santan yg paling kurang atau tiada langsung hampas di dalamnya.
Begitu jualah kehidupan kita. Kadang kala kita tanpa sedar sebenarnya telah ditapis oleh Allah utk menerima hidayahnya dan terus berada di jalan ini. Kerana jalan yang baik ini adalah untuk orang-orang yang benar ikhlas Lillahi Taala dan sanggup berkorban deminya.

Ibrah kisah Talut dan Jalut

Saya sgt suka dgn kisah ini, dan berasa tidak jemu utk berulang-ulang kali membaca kisah ini. Sbb kisah ini sbnrnya memberikan suatu motivasi yg amat besar di dalam sesuatu tindakan yg bakal diambil.
Selepas wafatnya Nabi Musa, Bani Israel telah diusir dari kampung halaman mereka dan dipisahkan dari anak-anak mereka. Mereka berkata kpd Nabi mereka,

“Angkatlah seorang raja utk kami, nescaya kami berperang di jalan-Nya”.

Apabila diangkat Talut untuk menjadi raja mereka, ada sebahagian yang ingkar kerana merasakan Talut itu tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Kemudian, sebahagian yang masih tinggal bersama Talut itu, kemudian diuji sekali lagi oleh Allah dengan sebatang sungai. Hanya sebahagian kecil yang tinggal dan terus mara bersama Talut.

Ujian Allah bukan setakat itu. Apabila mereka berdepan dgn tentera musuh yang besar, sekali lagi iman mereka teruji. Allah menguji mereka utk melihat di manakah merka meletakkan kebergantungan mereka di dalam urusan mereka. Di bawah kekuasaan Allah Maha Pencipta atau kuat atau lemahnya pihak lawan. Dan kali ini, hanya sebahagian dari mereka sahaja yang melepasi proses tapisan Allah itu.
Dan akhirnya mereka berolehi kemenangan yang besar di sisi Allah.

Pengajaran

Di dalam kisah ini, Allah telah tetapkan bahawa tentera Talut itu pasti menang , Dawud bakal membunuh Jalut dan dinaikkan sebagai pemimpin. Tetapi Allah tetap sediakan halangan-halangan buat Bani Israel. Halangan itu memang sengaja dicipta tapi “bukan saja-saja”....tetapi kerna utk melihat siapa yang benar –benar serius dan ikhlas akan perjuangan itu.
Begitu jualah dgn kehidupan kita ini. Setiap kebaikan yang berlaku itu adalah kerana Allah izinkan kita utk merasainya.
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal”. [3:160]
Bersyukurlah saat kita masih diberi peluang oleh-Nya utk merasai kebaikan kerana bukan manusia yang memilih kita untuk memilikinya tetapi Allah Yang Maha Agung, Maha Kuasa. Moga terus tsabat!

0 comments:

~SelamatDatang~

 

..Hati ke Hati.. Design by © 2010